Frequently Asked Questions
Niaga.Place merupakan Kedai Online atau Katalog Online untuk peniaga di Malaysia. Ia memfokuskan kepada proses pembelian menerusi aplikasi Whatsapp.
Dengan Niaga.Place, penjual boleh kongsi barangan jualan kepada pembeli hanya menggunakan satu pautan (link). Pembeli kemudiannya boleh membuat pembayaran secara terus melalui link yang telah dikongsikan oleh peniaga tadi.
Secara tidak langsung, anda memilik kedai online untuk perniagaan anda.
Membantu anda untuk mempunyai katalog online / kedai online lengkap dengan pembayaran secara online (FPX).
Diklasifikasikan sebagai âsimplified e-commerceâ, dimana kami membantu peniaga-peniaga untuk berniaga melalui platform atau rantaian media sosial.
Berbeza dengan platform e-commerce lain, Niaga.Place lebih bersifat minimal, ringan dan tidak terlalu serabut serta mempunyai fungsi yang lebih mesra pengguna. Pengalaman pengguna untuk membeli adalah keutamaan kami
Semua peniaga / usahawan yang menggunakan social media ( ie: Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram dll. ) sebagai marketing platform mereka. Selagi mana anda membuat perniagaan secara online, anda boleh menggunakan Niaga.Place.
Boleh! Anda boleh meletakkan syarat sebagai pre-order pada produk anda.
Niaga.Place ingin membantu anda untuk menjimatkan masa & tenaga kerana kami percaya, masa sangat tinggi nilainya. Anda dapat menjimatkan masa & tenaga anda sebanyak 90% dengan menggunakan Niaga.Place.
Malahan, sekiranya anda dapat menjimatkan masa, anda dapat berfikir dengan lebih tenang dan membuat keputusan yang lebih tepat untuk perniagaan anda
Kami di Niaga.Place menghormati dengan keputusan dan pandangan orang lain. Kami juga ingin menasihatkan peniaga-peniaga untuk bersedia menerima kehadiran teknologi baru untuk mengembangkan potensi perniagaan.
Statistik pada tahun 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 43.7% membeli secara online. Sumber: DIGITAL MALAYSIA
Pilihan di tangan anda.
Anda hanya memerlukan telefon pintar yang mempunyai sambungan internet untuk menggunakan Niaga.Place.
Anda hanya perlu mendaftar dengan kami di https://niaga.place/ dan perlukan kurang dari 3 minit!
Ya, anda masih lagi boleh berniaga di dalam Niaga.Place walaupun tidak berdaftar dengan SSM. Walaubagaimanapun, kami ingin menasihatkan anda yang tidak mempunyai SSM untuk mendaftar.
Antara kelebihan menggunakan Niaga.Place ini adalah:-
Rujuk pada pakej semasa yang ditawarkan pada website kami.
Setiap transaksi di Niaga.Place akan dikenakan caj servis berjumlah RM 1.90. Tetapi caj servis tersebut tertakluk kepada tetapan penjual, sama ada ditanggung oleh penjual atau pembeli.
Anda akan diberikan pelan âFree Trialâ selama 14 hari dari masa mendaftar. Sepanjang tempoh percubaan, ada diberikan akses penuh untuk semua fungsi pelan âBusinessâ (âGo Maxâ). Selepas pada tempoh ini, akaun akan ditukarkan secara automatik kepada pelan biasa kecuali ada memilih sebaliknya.
Guide Penuh : Cara Tukar Plan Langganan
Tiada had (unlimited). Anda boleh muat naik seberapa banyak produk anda dalam satu akaun asalkan setiap produk menggunakan nama yang berlainan.
Untuk Niaga.place anda perlu set âCategoriesâ terlebih dahulu kemudian âadd productâ anda di bawah kategori tersebut.
5 keping gambar! Itu jawapan kami kerana kami percaya, gambar dapat membantu anda untuk dapatkan sales.
Akan menurunkan akaun anda sekiranya anda tidak aktif selama 2 bulan berturut-turut.
Anda boleh lihat disini : Contoh Flow
Settlement Day (pembayaran duit ke dalam akaun bank Seller) akan dibuat pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Duit sales pada hari Isnin & Selasa, akan masuk pada hari Rabu.
Duit sales pada hari Rabu & Khamis, akan masuk pada hari Jumaat.
Duit sales pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pula akan masuk pada hari Isnin.
Jika anda masih tidak menemui jawapan atau menghadapi isu yang memerlukan bantuan segera, emailkan pertanyaan anda di info@niaga.place atau hubungi terus kami di talian +6011-5404 2043 atau WhatsApp pertanyaan anda di https://wa.link/xrpgdu.